Wednesday 15 August 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AIDIL FITRI

Majlis Penyerahan Sumbangan Aidil Fitri peringkat sekolah SK Taman Bunga Raya 2 diadakan pada hari ini bersamaan 26 Ramadan 1433H bertempat di Dataran Permata anjuran Panitia Pendidikan Islam.
   Antara objektif program;
1. memupuk sikap saling bantu membantu dan mengasihi golongan yang kurang bernasib baik.
2. memupuk semangat persaudaraan Islam di kalangan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah.
3. membantu murid-murid yang kurang bernasib baik dalam membuat persediaan sambutan hari raya.

Monday 13 August 2012

UJIAN BULANAN (2)

Ujian Bulanan (2) diadakan pada minggu ini selama tiga hari, 13-15 Ogos 2012

Monday 23 July 2012

PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Taman Bunga Raya 2 diadakan bermula 17 Julai hingga 16 September 2012. Program ini bertujuan mendorong murid-murid agar cinta akan tanah air yang telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.
   
   Objektif program:-

  1. menyemai semangat patriotisme di dalam diri murid-murid.
  2. mendedahkan murid-murid kepada tokoh-tokoh yang telah berkorban demi kemerdekaan tanah air      yang tercinta, Malaysia daripada penjajah.
  3. menanam perasaan sentiasa bersyukur akan kesejahteraan yang dikecapi selama ini sebagai rakyat Malaysia.
  4. mewujudkan perasaan sentiasa bersatu padu dalam mendukung kesetiaan dan kecintaan kepada negara.



Friday 20 July 2012

PROGRAM IHYA' RAMADAN 1433H

Program Ihya' Ramadan 2012/1433H peringkat sekolah SK Taman Bunga Raya 2 bertemakan "Ramadan Dekat di Hati" bermula 20 Julai sehingga 17 Ogos 2012 bersamaan 30 Syaaban - 28 Ramadan 1433H dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SKTBR 2.

Monday 18 June 2012

Tuesday 22 May 2012

"Sharing Is Caring"

Program Outreach SSQS Pembestarian Sekolah Daerah Hulu Selangor 2012 bertempat di SK Taman Bunga Raya 2 - Teknologi Untuk Pendidikan Bestari.

Wednesday 16 May 2012

Friday 27 April 2012

Wednesday 4 April 2012

Sahabat PPDa - Petronas

Program Orientasi Sahabat PPDa - Petronas Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012

Saturday 24 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2

Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Isa b. Abu Kasim, ADUN Kawasan Batang Kali.

Thursday 16 February 2012

Saturday 21 January 2012

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA 2012

Pemuafakatan menjamin Kecemerlangan

IKRAR UPSR 2012



 DOKUMEN IKRAR MURID


IKRAR SAYA

SAYA BERJANJI KEPADA DIRI SAYA BAHAWA SAYA AKAN
BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH MULAI SAAT INI DAN HARI INI BAGI MEMASTIKAN MATLAMAT SAYA AGAR MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR TERCAPAI.

SAYA JUGA BERJANJI KEPADA DIRI SAYA BAHAWA SAYA TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN SETIAP MASA YANG TERLUANG DENGAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH KERANA SAYA TAHU MASA ITU EMAS DAN MASA DEPAN SAYA BERKAIT RAPAT DENGAN PENCAPAIAAN SAYA DALAM PEPERIKSAAN UPSR YANG SAYA HADAPI.

SAYA JUGA BERJANJI KEPADA KEDUA IBU BAPA SAYA SERTA GURU-GURU SAYA, BAHAWA SAYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN MEREKA SEBALIKNYA SAYA BERAZAM UNTUK MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN KEPADA MEREKA DENGAN MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR IAITU:

BAHASA MELAYU PENULISAN                              :___________
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN                           :___________
BAHASA INGGERIS                                                :___________
MATEMATIK                                                           :___________
SAINS                                                                      :___________

TANDA TANGAN MURID                        SAKSI (IBU/BAPA)

_______________________                  ___________________

(                                            )                  (                                      )


Bertarikh 21 Januari 2012 bersamaan hari Sabtu 27 Safar 1433H