Monday 23 July 2012

PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Taman Bunga Raya 2 diadakan bermula 17 Julai hingga 16 September 2012. Program ini bertujuan mendorong murid-murid agar cinta akan tanah air yang telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.
   
   Objektif program:-

  1. menyemai semangat patriotisme di dalam diri murid-murid.
  2. mendedahkan murid-murid kepada tokoh-tokoh yang telah berkorban demi kemerdekaan tanah air      yang tercinta, Malaysia daripada penjajah.
  3. menanam perasaan sentiasa bersyukur akan kesejahteraan yang dikecapi selama ini sebagai rakyat Malaysia.
  4. mewujudkan perasaan sentiasa bersatu padu dalam mendukung kesetiaan dan kecintaan kepada negara.



Friday 20 July 2012

PROGRAM IHYA' RAMADAN 1433H

Program Ihya' Ramadan 2012/1433H peringkat sekolah SK Taman Bunga Raya 2 bertemakan "Ramadan Dekat di Hati" bermula 20 Julai sehingga 17 Ogos 2012 bersamaan 30 Syaaban - 28 Ramadan 1433H dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SKTBR 2.